Monday, 27 February 2012

Piagam Pelanggan

1. Memastikan semua murid mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan   dimulakan.
2. Memastikan semua guru dan staf sokongan bertugas berpanndukan Senarai Tugas yang ditetapkan.
3. Memastikan Takwim Sekolah disusun mengikut kehendak dan Wawasan Sekolah serta dilaksanakan tanpa gangguan.
4. Memastikan suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang selesa, tenteram, aman dan muhibbah sentiasa dipelihara dan dikekalkan.
5. Memastikan semua aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum dirancang dengan rapi serta dilaksanakan dengan teratur dan sempurnanya.
6. Memastikan semua murid mendukung dan mamatuhi Peraturan Sekolah pada setiap masa.
7. Memastikan semua surat/Pekeliling dari Kementerian Pelajaran Malaysia/ Jabatan Pelajaran Perak/Pejabat Pelajaran Daerah LMS dan lain-lain    agensi berkanun dijawab sebelum tarikh yang ditetapkan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan akaun sekolah diuruskan berdasarkan prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
9. Memastikan semua guru dan staf sokong dibayar dengan gaji/elaun-elaun yang patut diterima oleh mereka.
10. Memastikan peperiksaan UPSR dan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah dilaksanakan tanpa gangguan.
11. Memastikan SJK ( C ) Yuk Chuen sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra, menentukan segala surat dan rayuan kepada dan tentang sekolah diberi jawapan.
12. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi  perkhidmatan dan kecemerlangan akademik

No comments:

Post a Comment